Program Bimbingan, Halatuju dan Motivasi kepada murid- murid Tahun 6 ke Sekolah Menengah





Program Bimbingan, Halatuju dan Motivasi kepada murid- murid Tahun 6 ke Sekolah Menengah di SJKT Methodist, Buntong, Ipoh pada pagi 12.01.2024


Ceramah Motivasi dan hala tuju kepada pelajar tahun 6 ke Sekolah Menengah di SJKT Malim Nawar pada 17/01/2024

Ceramah Motivasi di SK Changkat Larut, Taiping pada 18/1/2024. Seramai 60 pelajar hadir ke ceramah ini.

Ceramah Motivasi kepada pelajar tahun 6 ke Sekolah Menengah di SJKT Gopeng pada 27/01/2024

Semua ceramah ini dikendalikan oleh Pensyarah Kanan Unit Pengajian Tamil/ Penolong Ketua Jabatan Bahasa Dr Segar Narayanan
Kongsi:

Karnival Tamil Ponggal 2024








Unit Pengajian Tamil, Jabatan Bahasa, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh telah mengadakan Karnival Tamil Ponggal 2024 di Kuil Sri Ganesar, Batu Lapan, Hulu Kinta pada 20/01/2024. Ponggal disambut oleh golongan petani sebagai tanda kesyukuran kepada Tuhan atas segala anugerah-Nya. UPT merayakan Ponggal untuk bersyukur kepada Tuhan atas segala pencapaian UPT sepanjang 2023. Pelbagai acara traditional diadakan untuk memeriahkan program ini. Di samping itu pensyarah Unit Pengajian Tamil, Pensyarah India dari jabatan lain turut hadir bagi memeriahkan program ini.
Kongsi: