Kata Aluan Ketua Jabatan

 

Kata-kata Aluan Ketua Jabatan Bahasa

 Dr Hjh Suliana binti Wak Chik

Selamat Datang ke Portal Jabatan Bahasa. Saya mengalu-alukan dan mengucapkan ribuah terima kasih kepada pengunjung yang dihormati kerana melayari Portal Jabatan Bahasa, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh (IPGM Kampus Ipoh). Adalah diharapkan laman portal  ini memberi infomasi berkaitan Jabatan Bahasaa, Visi & Misi Jabatan, Objektif Jabatan dan maklumat berkaitan perkhidmatan Jabatan.

Jabatan Bahasa merupakan salah satu jabatan akademik di IPGM Kampus Ipoh. Jabatan ini terdiri daripada tiga unit iaitu Unit Pengajian Cina, Unit Pengajian Tamil dan Unit Pengajian Inggeris. Jabatan ini komited dalam memberi latihan perguruan yang berkualiti dalam melahirkan model guru kalis masa hadapan.

Jabatan ini didokong oleh 9 orang pensyarah di Unit Pengajian Cina, 7 orang di Unit Pengajian Tamil dan 11 orang di Unit Pengajian Inggeris yang sederap melakar kecemerlangan dalam merealisasikan visi dan misi IPGM Kampus Ipoh.

Saya berharap laman portal ini akan dapat memberi input pada pengunjung yang melayarinya. Semoga ia dapat menjadi salah satu cabang rangkaian antara Jabatan Bahasa, staf IPGM Kampus Ipoh serta masyarakat luar dalam menyalurkan maklumat yang berkesan untuk meningkatkan  lagi mutu perkhidmatan jabatan kami.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan