20.12.2024- “Mastering TESL: A comprehensive guide to Teaching English as a Second Language”
30/11/2024 Tahniah Siswa Guru Unit X14
Dua orang siswa guru unit X14 telah menyertai pertandingan mendeklamasi sajak dan syarahan Bahasa Tamil anjuran Universiti Malaysia Kelantan peringkat kebangsaan. Vikneshwaran A/L Sundar telah meraih johan bagi pertandingan syarahan Bahasa Tamil manakala Yokeetha A/P Saravanan telah memenangi tempat keempat dalam pertandingan mendeklamasi sajak.
#UPT#IPGMKI
14/12/2024 Tahniah Siswa Guru Unit X14
Dua orang siswa guru unit X14 telah menyertai dalam Pertandingan Menulis Cerpen (Peravai Kathaigal) yang telah dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Tamil Universiti Malaya bagi kali ke 38. Vikneshwaran A/L Sundar telah memenangi tempat ketiga manakala Navin A/L Sri Manimaran telah memenangi hadiah saguhati dalam pertandingan menulis cerpen ini.
#UPT#IPGMKI
28/11/2024 Anugerah Pensyarah Berwibawa 2024
Tahniah Dr.Arulnathan Visurasam atas penerimaan Anugerah Pensyarah Berwibawa peringkat Negeri Perak bagi tahun 2024 dalam Majlis Apresiasi Guru JPN Perak pada 28/11/2024. Beliau menjadi Johan dalam kategori ini.
2/12/2025: BENGKEL PENGAPLIKASIAN ALAT DIGITAL DALAM PENGAJARAN BAHASA
2/12/2025: Seramai 21 orang pensyarah Jabatan Bahasa telah menghadiri bengkel sehari ini yang diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran mengaplikasikan alat-alat digital dalam penyediaan bahan pdp pensyarah. Pelbagai alat-alat digital telah berjaya diaplikasi oleh peserta seperti Gamma, Chatgpt, Napkin AI serta Ideogram. Penceramah jemputan adalah Tn Hj Abu Kassim bin Ali Musa dan Pn Sarini Sulaiman.