28.02.2025- Reviewer for the Journal of English for Academic and Specific Purposes
27.02.2025- Book Creator Trainer
27.02.2025- Book Creator Ambassador
26.2.2025 - PROGRAM PIDATO MINGGUAN (KEWANITAAN DAN PRODUK KECANTIKAN)
Program Pidato Mingguan yang ketiga bagi semester ini telah berlangsung dengan cemerlang pada 26 Februari 2025 (Rabu). Program ini diadakan dari pukul 7.15 pagi hingga 8.00 pagi. Dengan tema “Kewanitaan dan Produk Kecantikan”, guru pelatih telah membentangkan hasil karya mereka.
Pertama sekali, Cik Saminy dari kelas X14 menyampaikan pidato yang menarik. Seterusnya, Cik Sharveswary dan Encik Givaneish dari kelas B7 mengadakan sesi dialog mengenai penggunaan produk kecantikan dalam kalangan wanita. Sebagai pembentangan ketiga, Cik Roshinidurgaa dari kelas X14 mengaitkan tema ini dengan karya kesusasteraan Zaman Purba . Akhir sekali, Encik Suriya dari kelas B7 menyampaikan pidato bertajuk “Keanggunan Wanita Lebih Indah daripada Produk Kecantikan”.
26.02.2025- World Fairy Tale Day
26.02.2025- Speaker's Corner "The Impact of Social Media on Modern Communication"
12.2.2025 - PIDATO MINGGUAN (KEMANUSIAAN DAN KECERDASAN MESIN)
Pada 12 Februari 2025 (Rabu), program Pidato Mingguan yang kedua bagi sesi ini telah berlangsung dengan jayanya. Program ini dijalankan dari pukul 3.45 petang hingga 4.30 petang di dataran ilmuan IPG Kampsu Ipoh. Program ini turut disertai pensyarah-pensyarah Unit Pengajian Tamil. Dengan tema " Kemanusiaan dan Kecerdasan mesin", siswa guru telah menghasilkan karya kreatif mereka.
12.02.2025- Pertandingan Kaligrafi Cina dan Meniup Bunga Plum IPGKI Tahun 2025

Pertandingan Kaligrafi dan Meniup Bunga Plum
IPG Kampus Ipoh
tahun 2025
Sebanyak 76 orang peserta telah mengambil bahagian secara aktif dalam acara perayaan ini. Acara ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu pertandingan menulis kaligrafi, pertandingan kaligrafi terbuka dan pertandingan meniup bunga plum...
07.02.2025- Au Revoir Mdm Hjh. Hadzrawiah binti Abu Kasim
7.2.2025 - Pesta Angpau Tahun Baharu Cina 2025 IPG Kampus Ipoh mengintegrasikan budaya Cina dengan persembahan Wayang Kulit Legenda Siluman Ular Puti

Pesta Angpau Tahun Baharu Cina 2025
IPG Kampus Ipoh
mengintegrasikan budaya Cina dengan persembahan
Wayang Kulit Legenda Siluman Ular Puti. Persembahan malam Pesta Angpau menggabungkan elemen ‘pengembaraan masa’, bermula dengan situasi pada tahun 2025 yang menggambarkan golongan muda semakin kurang menghargai peluang makan malam bersama keluarga dan tradisi berjaga pada malam Tahun Baharu Cina....
5.2.2025 - PROGRAM MENONTON WAYANG BERTAJUK 'TAMIL SCHOOL PASANGA'
Pensyarah-pensyarah Unit Pengajian Tamil serta Siswa Guru major Bahasa Tamil IPG Kampus Ipoh seramai 40 orang telah menonton filem Tamil Malaysia 'Tamil School Pasanga' di LFS Seri Kinta, Ipoh. Filem ini mengisahkan cabaran dan kegigihan seorang guru di SJKT yang ingin membantu pelajar-pelajarnya berjaya dalam bidang pendidikan. Pelbagai isu berkaitan SJKT diolah dengan baik sekali dalam fillem ini memberi pengajaran yang berguna kepada penonton terutamanya kepada bakal guru, iaitu siswa guru.
05.02.2025- Speaker's Corner "Would you rather have intelligence or unlimited wealth?"
22.1.2025 - PIDATO MINGGUAN - PONGGAL
Pada 22 Januari 2025 (Rabu), program Pidato Mingguan yang pertama bagi sesi ini telah berlangsung dengan jayanya. Program ini dijalankan dari pukul 7.20 pagi hingga 8.00 pagi. Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Jabatan Bahasa, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Dr. Hajah Suliana binti Wan Chik. Dengan tema "Ponggal", guru pelatih telah menghasilkan karya kreatif mereka. Maklumat berkaitan sambutan perayaan Ponggal turut disampaikan oleh siswa guru. Akhir sekali, program Pidato Mingguan ini selesai secara rasmi dengan ucapan Dr. Muthukumar yang juga merupakan penyelaras program ini.