Dr.Arulnathan Visurasam menerima Anugerah Pensyarah Berwibawa peringkat kebangsaann bagi tahun 2025 dalam Majlis Anugerah Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-54 Tahun 2025 di Kuching, Sarawak pada 15/5/2025. Jabatan Bahasa merakamkan ucapan tahniah kepada Dr Arulnathan Visurasam.
5.5.2025 - BENGKEL PEMANTAPAN MAKLUMAT KURSUS
Pada 5hb Mei 2025 satu bengkel pemantapan maklumat kursus diadakan untuk semua pensyarah Jabatan Bahasa di Bilik Akasia. Bengkel ini dikendalikan oleh pensyarah Unit Pengajian Inggeris, Pn Umaimah binti Idris. Beliau berkongsi dan membimbing cara menghasilkan pentaksiran, & rubrik yang boleh mengukur pencapaian pelajar berdasarkan hasil pembelajaran kursus dan hasil pembelajaran program.
3.5.2025 - NAIB JOHAN DALAM PERTANDINGAN DRAMA KATEGORI IPT
Pelajar unit X14, major Bahasa Tamil telah memenangi tempat kedua dalam pertandingan drama antara pelajar IPT peringkat Kebangsaan anjuran Persatuan Bahasa Tamil, Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim pada 3hb Mei 2025. Tahniah diucapkan kepaada pasukan unit X14.
1.5.2025 - ULASAN BUKU ANTARABANGSA "VASIPPU MUTRAM" SESI KE -225
Program mingguan ulasan buku antrarabagsa ''Vasippu Mutram' sesi ke-225 anjuran Ayya Nadar Janaki Amman (ANJAC) Sivakasi Tamil Nadu pada 1/05/2025. Siswa guru unit X14, Unit Pengajian Tamil, IPG Kampus Ipoh, Yogasri R Ravi dan Seshmitha Ravi telah membentangkan ulasan buku yang bertajuk 'Vagupparaiyin Kadaisi Naarkalil' karya penulis terkenal Cikgu M. Navin (Alumni Maktab Perguruan Ipoh).