Sesi pertama bagi program “Tinjauan Isu Semasa” telah berlangsung dengan jayanya pada 17 September 2025 (Rabu). Program ini telah diadakan pada pukul 7.15 pagi bertempat di Dataran Ilmuan. Dalam sesi ini, para siswa guru Unit B7 dan X14 telah berkongsi pelbagai isu semasa yang berlaku dalam tempoh seminggu kebelakangan ini. Pada permulaan program, Uthayaa telah berkongsi sebuah berita tentang ‘Adakah pelajar antarabangsa merampas tempat pelajar tempatan?’.Seterusnya, Sharveshwary telah membentangkan dua berita iaitu “Anak lelaki membunuh ayahnya” dan “Teman wanita menjual kereta teman lelakinya”. Selain itu, Keshvena telah menyampaikan maklumat mengenai “Dato’ Sivakumar mencadangkan pendidikan pencegahan buli diperkenalkan di sekolah”. Tambahan pula, Tarini berkongsi berita bertajuk “Dalam Festival Kebudayaan Malaysia 2025, Perdana Menteri menyatakan bahawa kita harus menghargai kepelbagaian dalam perbezaan dan tidak perlu berasa takut”. Akhir sekali, Dr. Parvathi Vellachami, Penolong Ketua Unit Pengajian Tamil, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, yang juga merupakan penyelaras program ini telah menyampaikan ucapan ringkas dan merasmikan penutupan majlis.
PERTANDINGAN INOVASI PENDIDIKAN BAHASA TAMIL ANTARABANGSA (ITLEC25)
Pasukan LEXIGO dengan inovasi bertajuk 'Vettayaadu Vilayaadu' telah dinobatkan sebagai juara pertandingan ini. Pasukan LEXIGO telah menerima anugerah platinum dan RM500.00. Satu lagi pasukan iaitu, Lingua D Puzzle telah berjaya merangkul hadiah saguhati serta menerima anugerah emas dan RM100.00. Empat lagi pasukan, iaitu 'painthamiz accup palagai', Puthuyuga Athisudi', 'Che-Mo Chottiram' dan 'Mayangoli Maiyam' telah menerima anugerah Perak. Pasukan 3CROW telah menerima anugerah gangsa.
16.7.2025 - PIDATO MINGGUAN (FALSAFAH HIDUP MASYARAKT TAMIL)
Program Pidato Mingguan pertama bagi semester ini telah berlangsung dengan jayanya pada 10 September 2025 (Rabu). Program tersebut diadakan dari 3.45 petang hingga 4.15 petang. Guru-guru pelatih daripada unit B7 dan unit X14 telah mempersembahkan pidato bertemakan “Falsafah Kehidupan Masyarakat Tamil”. Sebagai pembuka acara, Pugeliniyal Murugesan @ Rajasundaram dari unit B7 telah menyampaikan ucapan mengenai pengenalan falsafah kehidupan masyarakat Tamil, antaranya konsep 'virunthombal' dan 'veedupeeru'. Seterusnya, Yageni Kayathri Yuvaraja juga dari unit B7 turut berkongsi pengalaman peribadi yang istimewa berkaitan tema tersebut. Persembahan diteruskan dengan pidato daripada guru pelatih unit X14, iaitu Navin Sri Manimaaran dan Sharveena Balamurugan yang turut menyampaikan ucapan dengan penuh cemerlang. Keseluruhan acara telah berjalan lancar dan berjaya mencapai objektifnya.