ANJAC GLOBAL AWARD





Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh telah dianugerahkan  'ANJAC Global Award' oleh Kolej Ayya Nadar Janaki Ammal, Sivakasi, Tamil Nadu, India (ANJAC). Anugerah ini dianugerahkan kepada IPGK Ipoh kerana pensyarah dan pelajar Unit Pengajian Tamil telah menyertai program ulasan buku antarabangsa (atas talian) Bahasa Tamil sebanyak 150 minggu tanpa gagal sejak sejak 2021. Selain itu, 14 orang pelajar UPT juga telah membentangkan ulasan buku Bahasa Tamil karyawan tempatan (Malaysia) dalam program ini. 

Program  ulasan buku Bahasa Tamil antarabangsa anjuran ANJAC ini dijlalankan setiap hari Khamis pada pukul 9.30 malam (waktu Malaysia). Peserta dari India, Malaysia, Singapura, Sri Langka, Eropah, Amerika, New Zealand, Oman dan sebagainya menyertai program ini pada setiap minggu.

Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan