Program Pidato Mingguan ke-7 bagi semester ini telah berlangsung dengan penuh jayanya pada 23 April 2025 (Rabu). Program ini telah dijalankan dari jam 3.45 petang hingga 4.30 petang. Bertemakan "Kesamarataan", para guru pelatih telah menghasilkan dan membentangkan karya-karya kreatif berdasarkan tajuk tersebut. Sharmeila dari unit X-14 dan Dhanagajalakshmi dari unit B11 telah menyampaikan pidato yang berkesan dan penuh inspirasi mengenai konsep kesamarataan. Seterusnya, Pavithra Letchumie dari unit X-14 telah mendeklamasikan sebuah sajak yang indah dan bermakna berkaitan tema berkenaan. Selain itu, siswa guru dari unit dari B7, Kavisshnaah Seenivasagam dan Suriya James, dengan bimbingan para pensyarah, telah memperkenalkan secara rasmi satu program baharu yang bertajuk "Sorotan Berita Semasa" kepada para hadirin. Majlis diakhiri dengan ucapan perasmian penutupan oleh Dr. Muthukumar, selaku penyelaras program.
26-27.4.2025 - Bengkel Penghasilan Penerbitan IPG Kampus Ipoh Tahun 2025
Bengkel Penghasilan Penerbitan IPG Kampus Ipoh
Tahun 2025
Unit Pengajian Cina,
Bengkel Penghasilan Penerbitan IPG Kampus Ipoh Tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan pada 26 dan 27 April 2025 bertempat di Budiman 19 dan Makmal Biologi, IPG Kampus Ipoh. p>
25.4.2025 - Pertandingan Pusingan Akhir Forum Bahasa Cina IPGMKI 2025

Pertandingan Pusingan Akhir Forum Bahasa Cina IPGMKI 2025
25 April Tahun 2025.
Pertandingan Forum Bahasa Cina IPGMKI 2025,
telah berjaya dilangsungkan pada 25 April 2025 (Jumaat) bertempat di Cempaka Aras 3, IPG Kampus Ipoh. p>
19.4.2025 - CERAMAH WARISAN "BAKTHI TAMIL VARALAARU"
Pada 19.4.2025 (Sabtu) seramai tujuh orang pelajar major Bahasa Tamil Unit B7 dan pensyarah Unit Penagajian Tamil, En. Megavarnan Jagadesan telah menyertai ceramah warisan Bakthi Tamil Varalaaru anjuran Centric HD Sdn.Bhd di Srri AKS Convention Hall, Jelapang, Ipoh, Perak. Para pelajar dapat mengenal lagi sejarah dan keindahan sastera Tamil. Slot cermah dikendalikan oleh JK Wicky (pengarh filem Poochandi) dan Thamal Ko Saravanan (penceramah terkenal dari Tamilnadu).
16.4.2025 - PERLAWANAN PERSAHABATAN BADMINTON
Pada 16 April 2025 satu perlawanan persahabatan badminton antara Unit B6 major Bahasa Cina dan Unit B7 major Bahasa Tamil di Gimnasium IPG Kampus Ipoh. Perlawanan ini diadakan untuk mengeratkan silaturahim antara guru pelatih dan pensyarah yang berbilang kaum. En.Tan Thiam Soon dan En.Megavarnan Jagadesan turut menyertai dalam perlawanan ini.
12&13.4.2025 - GERAKAN MASSA 2025
MAJLS PELANCARAN GERAKAN MASSA PERINGKAT KEBANGSAAN DAN PAMERAN PENDIDIKAN DIGITAL 3025.
9.4.2025 - PROGRAM PIDATO MINGGUAN (DIASPORA)
Program Pidato Mingguan yang kelima bagi sesi ini telah berlangsung dengan jayanya pada 09 April 2025 (Rabu). Program ini dijalankan dari pukul 7.15 pagi hingga 8.00 pagi. Dengan tema "Diaspora", para guru pelatih telah menghasilkan karya kreatif mereka.
26.3.2025 - PROGRAM PIDATO MINGGUAN (PENGUASAAN KAUM LELAKI)
Program Pidato Mingguan telah berlangsung dengan jayanya pada 26 Mac 2025 (Rabu). Program ini dijalankan dari pukul 7.15 pagi hingga 8.00 pagi. Dengan tema "Penguasaan Kaum Lelaki", para guru pelatih telah menghasilkan karya kreatif mereka. Maklumat berkaitan dengan tema turut disampaikan oleh para guru pelatih. Program ini diakhiri dengan ucapan penutupan oleh Dr. Arulnathan, Pensyarah Kanan Unit Penggajian Tamil, Jabatan Bahasa Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.
16.3.2025 - ULASAN BUKU "MAYA VIDHUTI" DALAM MINNAL FM
Pada 16/3/2025 siswa guru major Bahasa Tamil dari Unit B7, Bagyalakshmi A/P Arumugam Solaimalai telah menyampaikan ulasan novel kanak-kanak "Maya Vidhuti" yang dikarya oleh K.Balamurugan dalam Minnal FM. Tahniah diucapkan kepada Bagyalakshmi.
15.3.2025 - BENGKEL YAPPU & ANI 2025
Pada 15/3/2025 Siswa guru dan pensyarah Unit Pengajian Tamil IPG Kampus Ipoh telah menyertai Bengkel Yappu & Ani anjuran Persatuan Thirukkural Perak di Dewan Kuil Samayapuram Mahamariamman, Tanjung Rambutan.