23.4.2025 - PROGRAM PIDATO MINGGUAN (KESAMARATAAN)

 Program Pidato Mingguan ke-7 bagi semester ini telah berlangsung dengan penuh jayanya pada 23 April 2025 (Rabu). Program ini telah dijalankan dari jam 3.45 petang hingga 4.30 petang. Bertemakan "Kesamarataan", para guru pelatih telah menghasilkan dan membentangkan karya-karya kreatif berdasarkan tajuk tersebut. Sharmeila dari unit X-14 dan Dhanagajalakshmi dari unit B11 telah menyampaikan pidato yang berkesan dan penuh inspirasi mengenai konsep kesamarataan. Seterusnya, Pavithra Letchumie dari unit X-14 telah mendeklamasikan sebuah sajak yang indah dan bermakna berkaitan tema berkenaan. Selain itu, siswa guru dari unit dari B7, Kavisshnaah Seenivasagam dan Suriya James, dengan bimbingan para pensyarah, telah memperkenalkan secara rasmi satu program baharu yang bertajuk "Sorotan Berita Semasa" kepada para hadirin. Majlis diakhiri dengan ucapan perasmian penutupan oleh Dr. Muthukumar, selaku penyelaras program.




Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berita Terkini