Sesi pertama bagi program “Tinjauan Isu Semasa” yang dimulakan pada Semester ini telah berlangsung dengan jayanya pada 25 Jun 2025 (Rabu). Program ini telah diadakan pada pukul 3.45 petang di Dataran Ilmuan. Dalam sesi ini, para siswa guru B7 telah berkongsi isu-isu semasa yang berlaku dalam tempoh seminggu ini. Pada permulaan program, Bagyalakshmi dan Tarakeshwar telah mempersembahkan satu demonstrasi sebagai pembuka tirai. Seterusnya, dalam sesi perkongsian pertama, Harvin Raj telah membentangkan berita berkaitan kecerdasan buatan (AI). Di samping itu, Tavanisah telah menerangkan isu berkaitan penderaan kanak-kanak serta berita yang melibatkan bidang pendidikan. Selain itu, Suriya telah menyampaikan maklumat mengenai peratusan kelulusan pelajar dalam peperiksaan STPM. Akhir sekali, Dr. Parvathi Vellachamy, Penolong Ketua Unit Pengajian Tamil, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, yang juga merupakan penyelaras program ini, telah menyampaikan ucapan ringkas dan merasmikan penutupan majlis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan