Program Pidato Mingguan terakhir bagi semester ini telah berlangsung dengan penuh jayanya pada 16 July 2025 (Rabu). Program ini telah berlangsung dari jam 3.45 petang hingga 4.30 petang. Program minggu ini bertemakan 'hormat', Para guru pelatih telah menghasilkan pembentangkan karya-karya kreatif berdasarkan tajuk tersebut. Praveena Yangna Pergasm dari unit B7 telah menyampaikan pidato yang berkaitan dengan tema. Selain itu, Uthayaa Sargunan dari unit B7 menyampaikan pidato yang berkesan. Seterusnya, Harvin Raj Suresh dari Unit B7 menceritakan sebuah cerita yang menarik mengenai konsep hormat. Seterusnya, Dhanagajalakshmi dari unit B11 telah menyampaikan pidato yang berfaedah.Selain itu, siswi guru dari B7, Aiswarryaa Chandran telah menyampaikan rumusan bagi tema hormat kepada semua yang hadir. Majlis diakhiri dengan kejayaan.
28.7.2025 - TAHNIAH PASUKAN INOVASI LEXIGO DAN FOLTDOT
Tahniah Pasukan Inovasi LEXIGO dan FoltDot
Anugerah Perak PedaTEd'25.
Pasukan inovasi LEXIGO dan FoltDot telah memperoleh anugerah Perak dalam Pertandingan Inovasi sempena Persidangan Kebangsaan Pedagogi dan Pendidikan Guru 2025 (PedaTEd'25) secara atas talian.
Ahli Kumpulan LEXIGO
HARVIN RAJ A/L SURESH
SHARVESWARY A/P THINAGARAN
PRAVEENA A/P YANGNA PERGASM
SRI THACHAINI A/P SIVAKUMAR
Ahli Pasukan FoltDot
Kugaventhiraah G. Selvaraj
Yogasri Ravi
Seshmitha P Ravi
Khirthana Sai Ramu
Pensyarah pembimbing Dr.ARULNATHAN VISURASAM
9.7.2025 - TINJAUAN ISU SEMASA
Sesi kedua bagi program “Tinjauan Isu Semasa” telah berlangsung dengan jayanya pada 9 Julai 2025 (Rabu). Program ini telah diadakan pada pukul 3.45 petang bertempat di Dataran Ilmuan. Dalam sesi ini, para siswa guru B7 telah berkongsi pelbagai isu semasa yang berlaku dalam tempoh seminggu kebelakangan ini. Pada permulaan program, Pugeliniyal telah berkongsi sebuah berita tentang seorang sami warga India yang disyaki mencabul seorang pelakon wanita tempatan ketika menjalankan upacara sembahyang di sebuah kuil di Bandar Baru Salak Tinggi sebagai pembuka tirai. Seterusnya, dalam sesi perkongsian pertama, Praveena telah membentangkan berita berkaitan kematian seorang pemain bola sepak bernama Diego Jota. Di samping itu, Bagyalakshmi telah menghuraikan isu berkaitan peningkatan penggunaan Kecerdasan Buatan (AI). Selain itu, Thachaini telah menyampaikan maklumat mengenai penderaan haiwan di seluruh dunia. Akhir sekali, En. Megavarnan Jagadesan telah menyampaikan ucapan ringkas dan seterusnya merasmikan penutupan majlis.
2.7.2025 - PIDATO MINGGUAN (KECURANGAN DAN PERCINTAAN)
Program Pidato Mingguan telah berlangsung dengan penuh jayanya pada 2 July 2025 (Rabu). Program pada minggu ini bertemakan 'kecurangan dan percintaan', Para guru pelatih telah menghasilkan pembentangkan karya kreatif berdasarkan tema tersebut. Sharveswary Thinagaran dari unit B7 telah menceritakan sebuah cerita yang menarik mengenai konsep kecurangan percintaan. Selain itu, Aishwarryaa Chandran dari unit B7 menyampaikan pidato yang berkesan. Seterusnya, Vikkineswaran Veeran dari Unit B7 telah menyampaikan pidato berkaitan tema berkenaan. Selain itu, siswa guru dari B7, Suriya James telah menyampaikan rumusan bagi konsep kecurangan dan percintaan kepada semua yang hadir. Majlis diakhiri dengan kejayaan.