9.7.2025 - TINJAUAN ISU SEMASA

Sesi kedua bagi program “Tinjauan Isu Semasa” telah berlangsung dengan jayanya pada 9 Julai 2025 (Rabu). Program ini telah diadakan pada pukul 3.45 petang bertempat di Dataran Ilmuan. Dalam sesi ini, para siswa guru B7 telah berkongsi pelbagai isu semasa yang berlaku dalam tempoh seminggu kebelakangan ini. Pada permulaan program, Pugeliniyal telah berkongsi sebuah berita tentang seorang sami warga India yang disyaki mencabul seorang pelakon wanita tempatan ketika menjalankan upacara sembahyang di sebuah kuil di Bandar Baru Salak Tinggi sebagai pembuka tirai. Seterusnya, dalam sesi perkongsian pertama, Praveena telah membentangkan berita berkaitan kematian seorang pemain bola sepak bernama Diego Jota. Di samping itu, Bagyalakshmi telah menghuraikan isu berkaitan peningkatan penggunaan Kecerdasan Buatan (AI). Selain itu, Thachaini telah menyampaikan maklumat mengenai penderaan haiwan di seluruh dunia. Akhir sekali, En. Megavarnan Jagadesan telah menyampaikan ucapan ringkas dan seterusnya merasmikan penutupan majlis.





Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan