• ;

27.8.2025 - BENGKEL PEMANTAPAN KEMAHIRAN DIGITAL (OPD) DAN PERANCANGAN KURIKULUM BAHASA

Pada 27 hingga 29 Ogos 2025 Jabatan Bahasa IPG Kampus Ipoh telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Kemahiran Digital (OPD) Dan Perancangan Kurikulum Bahasa di Pangkor Palm Bay Resort. Seramai 16 orang  pensyarah telah menyertai dalam bengkel ini. Bengkel ini dikendalikan oleh Pn Umaimah bt Idris, Pn Lim Pei Yin dan En. Megavarnan Jagadesan sebagai fasilitator. 





Kongsi:

28.8.2025 - ULASAN BUKU ANTARABANGSA "VASIPPU MUTRAM" SESI KE -242

Program mingguan ulasan buku antrarabagsa ''Vasippu Mutram' sesi ke-242 anjuran Ayya Nadar Janaki Ammal College (ANJAC) Sivakasi, Tamil Nadu pada 28/08/2025.

Pelajar unit B7, Unit Pengajian Tamil, IPG Kampus Ipoh, Suriya A/L James dan Tavanisah A/P Tamelsalwam telah membentangkan ulasan buku yang bertajuk 'Amuthe Tamizhe' karya Dr Jeyabalan.









Kongsi:

26.8.2025 - PERTANDINGAN INOVASI PERINGKAT IPGK IPOH 2025

PERTANDINGAN INOVASI IPGK IPOH 2025

26 &27 August 2025
7 Pasukan dari Unit Pengajian Tamil telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Inovasi IPGK Ipoh 2025.
5 pasukan telah terpilih untuk saringan kedua daripada 10 pasukan yang terbaik dalam pertandingan ini. Tahniah kepada semua pasukan dan pensyarah pembimbing.





Kongsi:

9.8.2025 - PROGRAM 'SAHSIAH UNGGUL GENERASI GEMILANG' DI SJKT LADANG SUNGAI TERAP

Pada 9/8/2025 Program Jalinan Dan Jaringan yang bertema 'Sahsiah Unggul Generasi Gemilang' di SJKT LADANG SUNGAI TERAP, KUALA SELANGOR. Pada permulaan program ini, aktiviti "Lindungi Telur Tanpa Pecah" telah diadakan di mana para murid perlu menggunakan bahan yang diberikan untuk menghasilkan pelindung telur dalam masa yang ditetapkan. Seterusnya, permainan stesen diadakan, dan akhirnya satu sesi khas turut disediakan untuk ibu bapa.


Fasilitator dari Unit X14:
Sumathi A/P AhnathaaRao
Roshinidurgaa A/P Thiyagarajan
Yokeetha A/P Saravanan
Vikneshwaran A/P Sundar

Anjuran:
Pertubuhan Akademik Dan Keagamaan Saraswathy (SARANAM)
bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia
SJKT Ladang Sungai Terap, Kuala Selangor




Kongsi:

23.7.2025 - TINJAUAN ISU SEMASA

Sesi ketiga bagi program “Tinjauan Isu Semasa” telah berlangsung dengan jayanya pada 23 Julai 2025 (Rabu). Program ini telah diadakan pada pukul 3.45 petang bertempat di Dataran Ilmuan. Dalam sesi ini, para siswa guru B7 telah berkongsi pelbagai isu semasa yang berlaku dalam tempoh seminggu kebelakangan ini. Pada permulaan program, Vikneswaran telah berkongsi sebuah berita tentang ‘kira-kira RM100,000 wang haram telah dibakar di Petaling Jaya’. Beliau juga telah menghuraikan isu berkaitan ‘Bapa kepada seorang gadis telah diberkas di Balik Pulau, disyaki melakukan gangguan seksual terhadap anak kandungnya sendiri selama tempoh dua tahun’ sebagai pembuka tirai. Seterusnya, Uthayaa telah membentangkan berita berkaitan kekeliruan dalam pendaftaran agama pada sijil kelahiran, khususnya bagi komuniti India yang beragama Hindu, telah menjadi kebimbangan serius di Malaysia. Selain itu, Aishwarryaa telah menyampaikan maklumat mengenai larangan terhadap atlet wanita transgender daripada bertanding dalam acara wanita di Sukan Olimpik dan Paralimpik. Akhir sekali, Dr. Parvathi Vellachamy, Penolong Ketua Unit Pengajian Tamil, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, yang juga merupakan penyelaras program ini, telah menyampaikan ucapan ringkas dan merasmikan penutupan majlis.






Kongsi:

30.7.2025 - PENYERTAAN SHOWCASE KPPB PERINGKAT IPGM

Penyertaan Showcase KPPB peringkat IPGM
Tarikh: 30.07.2025
Peserta: Siswa siswi Major Bahasa Tamil (Unit B7) iaitu Bagyalakshmi Arumugam Solaimalai, Kavisshnaah Seenivasagam, Tavanisah Tamelsalwam & Harvin Raj Suresh

Kod & Nama Kursus : BTMB1124 & BTMB1114
DIDIK HIBUR DALAM BAHASA TAMIL & KETAMADUNAN MASYARAKAT TAMIL

Pensyarah pembimbing:
En. Megavarnan Jagadesan, Dr Muthukumar B Palanisamy & Dr Arulnathan Visurasam
Kongsi: