23.7.2025 - TINJAUAN ISU SEMASA

Sesi ketiga bagi program “Tinjauan Isu Semasa” telah berlangsung dengan jayanya pada 23 Julai 2025 (Rabu). Program ini telah diadakan pada pukul 3.45 petang bertempat di Dataran Ilmuan. Dalam sesi ini, para siswa guru B7 telah berkongsi pelbagai isu semasa yang berlaku dalam tempoh seminggu kebelakangan ini. Pada permulaan program, Vikneswaran telah berkongsi sebuah berita tentang ‘kira-kira RM100,000 wang haram telah dibakar di Petaling Jaya’. Beliau juga telah menghuraikan isu berkaitan ‘Bapa kepada seorang gadis telah diberkas di Balik Pulau, disyaki melakukan gangguan seksual terhadap anak kandungnya sendiri selama tempoh dua tahun’ sebagai pembuka tirai. Seterusnya, Uthayaa telah membentangkan berita berkaitan kekeliruan dalam pendaftaran agama pada sijil kelahiran, khususnya bagi komuniti India yang beragama Hindu, telah menjadi kebimbangan serius di Malaysia. Selain itu, Aishwarryaa telah menyampaikan maklumat mengenai larangan terhadap atlet wanita transgender daripada bertanding dalam acara wanita di Sukan Olimpik dan Paralimpik. Akhir sekali, Dr. Parvathi Vellachamy, Penolong Ketua Unit Pengajian Tamil, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, yang juga merupakan penyelaras program ini, telah menyampaikan ucapan ringkas dan merasmikan penutupan majlis.






Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan