24.9.2025 - PIDATO MINGGUAN (BERKHIDMAT KEPADA RAJA)

Program Pidato Mingguan kedua bagi semester ini telah berlangsung dengan jayanya pada 24 September 2025 (Rabu). Program tersebut diadakan dari 7.15 pagi hingga 7.50 pagi. Guru-guru pelatih daripada unit B7 dan unit X14 telah mempersembahkan pidato bertemakan “Berkhidmat Kepada Raja”. Sebagai pembuka acara, Praveena Yagna Pergasm dan Tarakeshwar Mutusami dari unit B7 telah menyampaikan ucapan mengenai pengenalan falsafah kehidupan masyarakat Tamil, antaranya konsep 'virunthombal' dan 'veedupeeru'. Persembahan diteruskan dengan pidato daripada guru pelatih unit X14, iaitu Vikineshwaran  dan Puvithra yang turut menyampaikan ucapan pada masa sekarang dengan penuh cemerlang. Keseluruhan acara telah berjalan lancar dan berjaya mencapai objektifnya.




Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan