Aluan Ketua Unit Pengajian Tamil

Kata Alu-aluan Ketua Unit Pengajian Tamil



Salam Sejahtera dan Salam Madani.

Saya merakamkan syabas dan tahniah kepada Jabatan Bahasa, khususnya pensyarah-pensyarah Unit Pengajian Tamil atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan pelbagai program di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Unit Pengajian Tamil di IPGK Ipoh telah berfungsi sejak tahun 1996 dan ramai pensyarah telah menyumbangkan bakti terhadap perkembangan pendidikan para pelatih.Tahun 2023 merupakan tahun baharu yang penuh dengan cabaran dari segi pentadbiran dan pelaksanaan kurikulum baharu dalam era kerajaan baharu. Semua cabaran perlu dipandang serius dan diambil tindakan yang sepatutnya.

Pelbagai program yang telah dan sedang  dilaksanakan demi membentuk kecemerlangan para pelatih yang berteraskan Visi dan Misi IPGK Ipoh. Diharap semua pensyarah UPT dapat memberikan sokongan penuh dalam menjayakan hasrat IPGK Ipoh.

Akhir kata, kita sama-sama menjaga kesihatan diri disamping menerapkan budaya kerja yang sihat, adil saksama dan saling hormat menghormati.

Sekian, terima kasih.

Ketua Unit Pengajian Tamil

Arulnathan


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan