• ;

19.4.2025 - CERAMAH WARISAN "BAKTHI TAMIL VARALAARU"

Pada 19.4.2025 (Sabtu) seramai tujuh orang pelajar major Bahasa Tamil Unit B7 dan pensyarah Unit Penagajian Tamil, En. Megavarnan Jagadesan telah menyertai ceramah warisan Bakthi Tamil Varalaaru anjuran Centric HD Sdn.Bhd di Srri AKS Convention Hall, Jelapang, Ipoh, Perak. Para pelajar dapat mengenal lagi sejarah dan keindahan sastera Tamil.  Slot cermah dikendalikan oleh JK Wicky (pengarh filem Poochandi) dan Thamal Ko Saravanan (penceramah terkenal dari Tamilnadu). 





Kongsi:

16.4.2025 - PERLAWANAN PERSAHABATAN BADMINTON

Pada 16 April 2025 satu perlawanan persahabatan badminton antara Unit B6 major Bahasa Cina dan Unit B7 major Bahasa Tamil di Gimnasium IPG Kampus Ipoh. Perlawanan ini diadakan untuk mengeratkan silaturahim antara guru pelatih dan pensyarah yang berbilang kaum. En.Tan Thiam Soon dan En.Megavarnan Jagadesan turut menyertai dalam perlawanan ini. 







Kongsi:

12&13.4.2025 - GERAKAN MASSA 2025

MAJLS PELANCARAN GERAKAN MASSA PERINGKAT KEBANGSAAN DAN PAMERAN PENDIDIKAN DIGITAL 3025.


Pada 12 dan 13 April 2025 pasukan Inovasi FOLTDOT dibawah bimbingan Dr. Arulnathan Visurasam telah menyertai Pameran Pendidikan Digital sempena Majlis Pelancaran GERAKAN MASSA peringkat kebangsaan di AEON Mall, Taiping. Tahniah diucapkan.








Kongsi:

9.4.2025 - PROGRAM PIDATO MINGGUAN (DIASPORA)

Program Pidato Mingguan yang kelima bagi sesi ini telah berlangsung dengan jayanya pada 09 April 2025 (Rabu). Program ini dijalankan dari pukul 7.15 pagi hingga 8.00 pagi. Dengan tema "Diaspora", para guru pelatih telah menghasilkan karya kreatif mereka.





Kongsi:

26.3.2025 - PROGRAM PIDATO MINGGUAN (PENGUASAAN KAUM LELAKI)

Program Pidato Mingguan telah berlangsung dengan jayanya pada 26 Mac 2025 (Rabu). Program ini dijalankan dari pukul 7.15 pagi hingga 8.00 pagi. Dengan tema "Penguasaan Kaum Lelaki", para guru pelatih telah menghasilkan karya kreatif mereka. Maklumat berkaitan dengan tema  turut disampaikan oleh para guru pelatih. Program ini diakhiri dengan ucapan penutupan oleh Dr. Arulnathan, Pensyarah Kanan Unit Penggajian Tamil, Jabatan Bahasa Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. 






Kongsi:

16.3.2025 - ULASAN BUKU "MAYA VIDHUTI" DALAM MINNAL FM

Pada 16/3/2025 siswa guru major Bahasa Tamil dari Unit B7,  Bagyalakshmi A/P  Arumugam Solaimalai telah menyampaikan ulasan novel kanak-kanak "Maya Vidhuti" yang dikarya oleh K.Balamurugan dalam Minnal FM. Tahniah diucapkan kepada Bagyalakshmi. 






Kongsi:

15.3.2025 - BENGKEL YAPPU & ANI 2025

Pada 15/3/2025 Siswa guru dan pensyarah Unit Pengajian Tamil IPG Kampus Ipoh telah menyertai Bengkel Yappu & Ani anjuran Persatuan Thirukkural Perak di Dewan Kuil Samayapuram Mahamariamman, Tanjung Rambutan.







Kongsi: