e - Bengkel Pemantapan Metodologi Penyelidikan Pendidikan Bahasa Peringkat Kebangsaan 2020


 





Pada 28 dan 29 Julai 2020, Unit Pengajian Cina telah menganjurkan e - Bengkel Pemantapan Metodologi Penyelidikan Pendidikan Bahasa Peringkat Kebangsaan 2020 secara talian (goole meet: https://meet.google.com/nrs-hjxs-rte).

Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Dr. Yahya bin OsmanPengarah IPG Kampus Ipoh dan ucaptama pula disampaikan oleh Prof. Dr.Balakrisnan Parasuraman dari Universiti Malaysia Kelantan.

Penceramah telah diundang dari agensi yang berlainan iaitu Dr. Hoi Sim Min dari Pusat Pengurusan Peperiksaan dan Penganugerahan, IPGM, Dr. Liew Foot Yuen dari IPG Kampus IpohCik Chun Mee Lee dari IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan dan En. Tan Chor Ter dari SJK (C) Sg. Chua, Kajang

Bengkel ini terbahagi kepada 4 slot utama untuk membincangkan isu-isu berkenaan Kursus Penyelidikan Pendidikan Bahasa dalam Program PISMP yang ditawarkan di dalam IPG. Seramai 26 orang pensyarah dari IPG Kampus di seluruh negara telah berkongsi pengalaman dan membincangkan isu-isu penyelidikan yang dihadapi serta cara penyelesaian.

Banyak bahan edaran dan bahan rujukan telah dikongsi bersama antara ipg dan ini akan meningkatkan kualiti dan mutu subjek penyelidikan pendidikan ini.






Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berita Terkini

JUMLAH PENGUNJUNG