Pada 14
Julai 2020, CPD oline bertajuk “Pengajaran dan Pembelajaran Online Dalam Norma Baharu”
telah diadakan(Google meet: )Tiga orang pakar penceramah dalam bidang tersebut telah
diundang iaitu Dr. Chew Fong Peng dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur,
Prof. Madya Dr. Yow Chuen Hoe dari Nanyang Technological University, Singapore
dan Dr. Ng Sook Gun dari IPG Kampus Ipoh. Seramai 168 orang peserta telah menyertai
kursus ini.
Ketiga-tiga orang pakar telah banyak berkongsi pengalaman
dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang membawa impak tinggi dalam norma
baharu terutama dalam interaksi dan komunikasi antara guru dan pelajar. Di
samping itu, keberkesanan dan batasan pengajaran dalam talian dari segi
perkongsian data, penyampaian laporan dan penilaian pembelajaran juga
dibincangkan.
Dalam sesi soal jawab, ketiga-tiga orang pakar telah menjawab pertanyaan
para peserta. Para peserta telah banyak mendapat input melalu pendedahan dan
perkongsian ilmu ini. Ini dapat memanfaatkan dan memperkukuh pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran secara talian di institut pengajian tinggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan