Pada 16
Julai 2020, UPC sekali lagi menganjurkan CPD online yang bertajuk “Tranformasi
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Cina Di Era Norma Baharu” dengan kerjasama
Kolej Bahasa dan Budaya Cina, Universiti Jinan (Zoom:
https://zoom.com.cn/j/6740882534).
Dr. Ng Sook
Gun, Ketua Jabatan Bahasa dan Encik Lam Yat Chaw, Ketua Unit Pengajian Cina
telah menerajui para pensyarah UPC untuk berkongsi pengalaman dengan
pensyarah–pensyarah dari Kolej Bahasa dan Budaya Cina, Universiti Jinan yang
dipimpin oleh Profesor Zhoujing.
Kedua-dua
institusi pangajian tinggi ini telah berkongsi pengalaman dan kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang membawa impak tinggi dalam norma baharu di institusi
pengajian tinggi. Penyelidikan tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
telah dilakukan oleh kedua-dua buah institut dan hasil penyelidikan telah
dikongsi bersama. Di samping itu, kemahiran yang perlu dikuasai oleh pensyarah
untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di era norma baharu ini
juga dibincangkan.
Kursus ini telah memberi impak positif kepada para pensyarah dalam menyesuaikan diri dengan transformasi pengajaran dan pembelajaran norma baharu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan