• ;

31.10.2025 - Program Jelajah Memorial Lim Lian Geok

 

Program Jelajah Memorial Lim Lian Geok

Tempat : Memorial Lim Lian Geok

TarikhL 31 October 2025

Masa: 8:00 pagi-12:00 tengahari

Pada 31 Oktober 2025, para pelajar Unit C9 telah menjalankan Program Jelajah Memorial Lim Lian Geok di Kuala Lumpur. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman pelajar terhadap perjuangan tokoh pendidikan terkenal, Encik Lim Lian Geok.

Sepanjang lawatan tersebut, para pelajar berpeluang meneliti pelbagai bahan pameran seperti dokumen sejarah, gambar, dan artifak yang memperlihatkan jasa beliau dalam memperjuangkan pendidikan dan budaya masyarakat Cina di Malaysia. Sesi penerangan yang diberikan oleh pegawai memorial turut membantu pelajar memahami nilai-nilai perjuangan, keteguhan prinsip, serta semangat cintakan bahasa ibunda.

Program ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada semua pelajar. Melalui lawatan ini, pelajar bukan sahaja menimba ilmu baharu tentang sejarah pendidikan, tetapi juga menyedari kepentingan mempertahankan warisan bahasa dan budaya sebagai asas perpaduan masyarakat majmuk di negara ini.



 Klik di sini untuk membaca dokumen

Kongsi:

31.10. 2025 - Karnival Membaca Sastera Kanak-kanak

Karnival Membaca Sastera Kanak-kanak 

Tempat : SJKC Yuk Choy, Ipoh

TarikhL 31 October 2025

Masa:0800-1530


Seramai 32 orang pelajar daripada Unit B (B3, B4, B5, B6, B14 dan B15) yang mengambil kursus utama dan kursus minor BCNB3203 Kesusasteraan Kanak-kanak telah menganjurkan satu Karnival Membaca Sastera Kanak-kanak Sehari di SJKC Yuk Choy. Seramai 251 orang murid Tahun Lima telah mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut. Pihak sekolah telah menyediakan lebih daripada 400 buah buku untuk program ini. Aktiviti utama karnival ini merangkumi aktiviti mencadangkan kandungan cerita kepada murid, pemilihan buku oleh murid, serta sesi bacaan senyap berterusan (Sustained Silent Reading).


Pelajar sedang mencadangkan kandungan cerita kepada pelajar.



251 orang murid dan 32 orang pelajar unit B membaca bersama ketika sesi bacaan senyap berterusan (Sustained Silent Reading).


Pelajar mengambil gambar bersama murid dan pihak sekolah.




Pelajar sedang mencadangkan buku cerita kepada para pelajar.



Kongsi:

3 .10.2025 - Ceramah Literasi Guru Bahasa dan Profesionalisme Keguruan Tahun 2025

Ceramah Literasi Guru Bahasa dan Profesionalisme Keguruan Tahun 2025

 

a) Tajuk aktiviti: Ceramah Literasi Guru Bahasa dan Profesionalisme Keguruan Tahun 2025

b) Tarikh : 3 OKTOBER 2025 (JUMAAT)

c) Pensyarah terlibat / Penyelaras : Dr. Hjh. Suliana binti Wan Chik (Ketua Jabatan Bahasa), En. Lam Yat Chaw (Ketua Unit Pengajian Cina), Dr. Liew Foot Yuen, Pn. Lim Pei Yin (Penasihat Program) serta para pensyarah Unit Pengajian Cina dan Jabatan Bahasa.

d) Pelajar/ Unit terlibat:  Unit X12, X13 (46 orang pelajar)

e) Tempat: Dewan Seri Melati, IPG Kampus Ipoh

f) Lain-lain maklumat tambahan :

Ceramah ini merupakan aktiviti yang berkaitan kursus BCNB3342 Literasi Guru Bahasa bagi pelajar UPC semester I tahun 4, bagi menyediakan platform akademik bagi menghubungkaitkan teori literasi guru bahasa dengan amalan profesional guru berpengalaman. Selain itu, ceramah ini dapat memperkasa kefahaman pelajar tentang strategi profesionalisme guru bahasa dalam menangani cabaran pendidikan semasa. Jawatankuasa Ceramah telah menjemput Dr. Leow Min Hui (Alumi IPGKI, Pensyarah UiTM cawangan Pulau Pinang) dan Pn. Beh Sun Yin (Guru Bahasa SJKC Pai Teik, Nibong Tebal) sebagai penceramah bagi program ini. Kedua-dua penceramah telah berkongsi perjalanan mereka dalam bidang pendidikan, termasuk cabaran yang pernah dihadapi serta cara menanganinya dengan penuh dedikasi dan keikhlasan. Melalui perkongsian ini, para pelajar dapat inspirasi tentang kepentingan bersemangat, ketabahan dan pembelajaran sepanjang hayat dalam profesion keguruan. Selain itu, penceramah turut memberi galakan kepada semua bakal guru supaya sentiasa berfikiran positif dan berusaha untuk meningkatkan kemahiran diri sendiri supaya dapat menjadi seorang guru yang berwibawa dan berjiwa pendidik sejati.

 






                                                                                           Klik di sini untuk membaca dokumen
 

 

Kongsi:

5.11.2025 - PIDATO MINGGUAN (THAMIZHAVEL G.SARANGAPANI)

Program pidato bagi musim ini pada 05.11.2025 (Rabu) telah berlangsung dengan sangat baik. Acara ini diadakan dari jam 7.15 pagi hingga 7.45 pagi. Dengan tajuk “Thamizhavel G.Sarangapani”, para siswa guru daripada unit B7 telah mempersembahkan karya mereka. Maklumat mengenai Thamizhavel G.Sarangapani telah disampaikan oleh para siswa guru tersebut. Dari unit B7, Encik Givaneish telah menyampaikan ucapan pengenalan tentang Thamizhavel G.Sarangapani. Seterusnya, Cik Kaviyaa, siswa guru dari kelas B7, bersama rakan-rakannya telah berkongsi dengan baik tentang kehidupan kesusasteraan Thamizhavel G. Sarangapani. Selain itu, Encik Suriya dan Cik Thachaini telah mempersembahkan dialog mengenai sumbangan sosial yang dilakukan oleh Thamizhavel G. Sarangapani. Sebagai persembahan penutup, Cik Aishwarryaa dan Cik Tavanisah dari kelas B7 telah mengadakan dialog mengenai kenangan serta riwayat hidup Thamizhavel G.Sarangapani dengan cara yang amat menarik. Keseluruhannya, program ini telah mencapai penutup yang sangat berjaya.





Kongsi:

12.10.2025 - FESTIVAL IDEA@PERAK 2025

11&12 Oktober 2025

Tempat: UiTM Seri Iskandar

Kumpulan Inovasi LEXIGO dari Unit Pengajian Tamil diberi peluang menjadi pempamer produk inovasi mewakili IPGK Ipoh. 





Kongsi:

6.11.2025 - SEMINAR PEMBENTANGAN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2025

5 dan 6 November 2025.

Tahniah! kepada semua siswa guru unit X14  major Bahasa Tamil yang telah berjaya membentangkan hasil penyelidikan dalam seminar ini.






Kongsi:

29.10.2025 - TINJAUAN ISU SEMASA

Program bertajuk “Nadappu Seithigal Oru Kannottam” yang membawa maksud Tinjauan Berita Semasa telah dijalankan dengan jayanya pada 29 Oktober 2025 (Rabu), bertempat di Dataran Ilmuan pada pukul 7.15 pagi. Melalui program ini, para peserta dikehendaki membentangkan berita-berita yang hangat diperkatakan di peringkat tempatan dan antarabangsa dalam gaya penyampaian berita sebenar serta membuat ulasan terhadap isu yang dikemukakan. Program ini telah dikendalikan oleh Navin A/L Sri Mani Maran selaku pengerusi majlis. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu doa oleh Roshinidurgaa A/P Thiyagarajan, yang menandakan pembukaan rasmi program tersebut. Bagi minggu ini, hanya guru pelatih daripada unit X-14 yang mengambil bahagian dalam sesi pembentangan. Pertamanya, Saudara Kugaventhiraah A/L Selva Raj dan Saudari Saminy A/P Raja telah berkongsi mengenai lawatan bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, ke Malaysia dari 26 hingga 27 Oktober 2025. Lawatan tersebut adalah bagi menyertai Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan sidang-sidang kemuncak lain yang berkaitan. Seterusnya, Saudari Khirthana Sai A/P Ramu dan Saudari Niranchana A/P Gopal telah membicarakan isu pelajar sekolah yang membuang bayi di dalam tong sampah. Perbuatan ini dikenal pasti sebagai kesan daripada perhubungan seks pranikah, dan mereka turut berkongsi implikasi daripada tindakan tersebut. Akhir sekali, Saudari Buvaneswary A/P Mahendran dan Saudari Priyanga Vinayagi A/P Ganesan telah membentangkan perihal kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai cadangan larangan penggunaan media sosial bagi pelajar di bawah umur 16 tahun. Mereka turut membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh para ibu bapa berhubung perkara ini. Secara keseluruhannya, program “Nadappu Seithigal Oru Kannottam” telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.




Kongsi:

Berita Terkini