29.10.2025 - PIDATO MINGGUAN (TOLKAPPIYAM)

Program Pidato Mingguan bagi semester ini telah berlangsung dengan  berjaya pada 08.10.2025 (Rabu). Program ini telah diadakan dari jam 3.45 petang hingga 4.00 petang. Bertemakan “Tolkappiyam”, guru pelatih daripada kelas B7 dan kelas X14 telah mempersembahkan hasil karya mereka. Maklumat tentang “Tolkappiyam” telah dikongsikan melalui persembahan para guru pelatih. Dari kelas B7, saudara Vikneswaran Veeran telah menyampaikan ucapan yang berbentuk kajian tentang “Tolkappiyam” . Seterusnya, dari kelas X14, saudari Kausalya Nerudas telah menyampaikan sebuah ucapan yang penuh bermakna. Akhir sekali, saudara Kugaventhiraah Selva Raj dari kelas X14 telah memberikan ucapan yang menarik mengenai hubungan antara “Tolkappiyam” dan zaman moden masa kini. Keseluruhan acara telah berjalan lancar dan berjaya mencapai objektifnya.



Kongsi:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berita Terkini