Program bertajuk “Nadappu Seithigal Oru Kannottam” yang membawa maksud Tinjauan Berita Semasa telah dijalankan dengan jayanya pada 1 Oktober 2025 (Rabu), bertempat di bilik kuliah pada pukul 3.45 petang. Melalui program ini, para peserta dikehendaki membentangkan berita-berita yang hangat diperkatakan di peringkat tempatan dan antarabangsa dalam gaya penyampaian berita sebenar serta membuat ulasan terhadap isu yang dikemukakan. Program ini telah dikendalikan oleh Harvin Raj A/L Suresh selaku pengerusi majlis. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu doa oleh Vikneswaran A/L Veeran, yang menandakan pembukaan rasmi program tersebut. Bagi minggu ini, hanya guru pelatih daripada kumpulan B7 yang mengambil bahagian dalam sesi pembentangan. Pembentangan pertama disampaikan oleh Tarakeshwar A/L Mutusami, yang melaporkan mengenai insiden kesesakan orang ramai semasa satu perhimpunan politik di daerah Karur, negeri Tamil Nadu, India. Seterusnya, Givaneish A/L Gunasegeran membentangkan berita mengenai penurunan harga petrol di Malaysia sebanyak RM1.99 seliter, yang menarik perhatian ramai pihak. Pembentang ketiga, Tavanisah A/P Tamelsalwam menyampaikan dua laporan iaitu tentang kemalangan jalan raya akibat kecuaian pemandu lori yang melanggar peraturan lalu lintas serta isu ketiadaan bahasa Tamil pada dinding sambutan di Menara Kuala Lumpur. Akhir sekali, Aishwarryaa A/P Chandran membentangkan berita mengenai penahanan seorang lelaki yang memberi basikal percuma kepada kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dan kemudiannya melakukan gangguan seksual terhadapnya. Secara keseluruhannya, program “Nadappu Seithigal Oru Kannottam” telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.





Tiada ulasan:
Catat Ulasan