Program Jelajah Memorial Lim Lian Geok
Tempat : Memorial Lim Lian Geok
TarikhL 31 October 2025
Masa: 8:00 pagi-12:00 tengahari
Pada 31 Oktober 2025, para pelajar Unit C9
telah menjalankan Program Jelajah Memorial
Lim Lian Geok di Kuala Lumpur. Program ini bertujuan untuk
meningkatkan kefahaman pelajar terhadap perjuangan tokoh pendidikan terkenal, Encik Lim Lian
Geok.
Sepanjang lawatan
tersebut, para pelajar berpeluang meneliti pelbagai bahan pameran seperti
dokumen sejarah, gambar, dan artifak yang memperlihatkan jasa beliau dalam
memperjuangkan pendidikan dan budaya masyarakat Cina di Malaysia. Sesi
penerangan yang diberikan oleh pegawai memorial turut membantu pelajar memahami
nilai-nilai perjuangan, keteguhan prinsip, serta semangat cintakan bahasa
ibunda.
Program ini berjalan
dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada semua pelajar. Melalui
lawatan ini, pelajar bukan sahaja menimba ilmu baharu tentang sejarah
pendidikan, tetapi juga menyedari kepentingan mempertahankan warisan bahasa dan
budaya sebagai asas perpaduan masyarakat majmuk di negara ini.
|
|
|


Tiada ulasan:
Catat Ulasan