SUMBANGAN PROFESIONAL
SUMBANGAN PROFESIONAL
Konsultansi & Cetusan Semangat
Program Konsultansi dan Cetusan Semangat murid-murid Tahun 6 ke Sekolah Menengah telah berlangsung di SJKT Khir Johari, Tapah Road. Dr. Sagar Narayanan telah menyumbangan jasa beliau dalam membantu murid-murid tersebut sebagai persediaan awal ke Tahun 6. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada beliau atas sumbangan profesionalnya.
Sudut Pidato
Sudut Pidato Bahasa Tamil.
Pada 18.01.2023, Unit Pengajian Tamil IPG Kampus Ipoh telah mengadakan Program Sudut Pidato Bahasa Tamil. Dr Kunaseelan Subramaniam merupakan penyelaras bagi program tersebut. Para siswa-siswi major dan bukan major Bahasa Tamil telah mengambil bahagian dalam progrom tersebut dan menonjolkan bakat yang terpendam dalam diri mereka.
Taklimat Penyeliaan Praktikum Kepada Guru Pembimbing
Taklimat Praktikum kepada Guru Pebimbing oleh Penyelaras Praktikum
Satu sesi taklimat kepada Guru Pembimbing Praktikum telah disampaikan oleh Penyelaras Praktikum Unit 9 Major Bahasa Tamil Dr. Segar Narayanan secara atas talian. Beliau telah menekankan peraturan-peraturan dan ciri-ciri pebimbingan yang betul. Beliau juga telah mengesyorkan atau memperkenalkan beberapa kaedah pembimbingan seperti yang termaktub dalam garis panduan penyeliaan dan pebimbingan praktikum.
Bengkel Penggubalan Dan Pemurnian JSU
Bengkel Penggubalan Dan Pemurnian JSU Bahasa Tamil di IPG Kampus Tuanku Bainun
Pada 10.01.2023, Bengkel Penggubalan JSU Bahasa Tamil telah diadakan di IPG Kampus Tuanku Bainun. Bengkel ini berlangsung selama 2 hari. Semua pensyarah Unit Pengajian Tamil IPG Kampus Ipoh telah menyertai dan mencurahkan komitmen yang baik dalam bengkel ini.
Program Bacaan Antarabangsa
Program Bacaan Antarabangsa Secara atas Talian anjuran Kolej “Ayya Nadar Janaki Ammal” Tamil Nadu, India.
Program Bacaan Antarabangsa Secara atas Talian anjuran Kolej “Ayya Nadar Janaki Ammal” Tamil Nadu, India.Tahniah kami ucapkan kepada 2 orang bekas guru pelatih IPGKI yang kini berkhidmat di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Mary, Selangor Cik Kalaimathi Ramesh dan guru Sekolah Kebangsaan Sri Masuri Cik Krithika Shanmugam yang telah menyertai dan mengulas buku dalam program antrabangsa tersebut.
Taklimat Praktikum Unit U9 FASA 2
TAKLIMAT PRAKTIKUM
Dr. Sagar Narayanan selaku penyelaras UPT telah memberikan Taklimat Praktikum Unit U9 FASA 2 Major Bahasa Tamil. Para siswi U9 telah mendapat pelbagai maklumat yang berfaedah berkenaan pengurusan dan pelaksanaan Praktikum.





















