• ;

16/11/2024 Bengkel AI dalam PdP Bahasa Tamil.

Bengkel AI dalam PdP Bahasa Tamil.

Bengkel ini dikendalikan oleh Dr.Elanttamil Maruthai dan En. Muhelan Murugan dari Malaysian Tamil Technology Association pada 16 November 2024 di Bilik Simulasi Bestari. 







Kongsi:

12/11/2024 Musical Night 2024

Musical Night 2024

Malam Pesta Cahaya 2024

Unit Pengajian Tamil IPGM Kampus Ipoh telah mengadakan Musical Night 2024 pada 12/11/2024 di Dewan Seri Tanjung, IPGM Kampus Ipoh sempena sambutan Deepavali.

Siswa guru telah mempersembahkan bakat mereka dalam bidang muzik, nyanyian, tarian serta silambam.

Siswa guru pelbagai bangsa menghadiri program ini. Program ini dirasmikan oleh En. Ahmad Masdil Fazli bin Mohamed, Penolong Ketua Jabatan Bahasa.









Kongsi:

TAHNIAH GRADUAN V8 & V9 UNIT PENGAJIAN TAMIL IPG KAMPUS IPOH

 4/11/2024 ISTIADAT KONVOKESYEN IPG KPM KE-14 TAHUN 2024 pada 4 November 2024 : Unit Pengajian Tamil IPG Kampus Ipoh merakamkan ucapan TAHNIAH kepada Janisha Premi Arumugam, graduan yang menerima Anugerah Cemerlang Praktikum dan Vishvayini A/P Sangaran, Anugerah Keemerlangan Akademik dan semua graduan IPG Kampus Ipoh PISMP Unit V8 dan V9 yang telah berjaya menghadiri Istiadat Konvokesyen IPG KPM Ke-14. Semoga para graduan IPG KPM terus berjaya serta cemerlang dalam mendidik anak bangsa, dan memartabatkan profesion keguruan di mata dunia.





Kongsi:

Projek Khidmat Masyarakat di Sekolah Semangat Maju Ipoh

4/11/2024 

Projek Khidmat Masyarakat anjuran Siswa Guru Unit B7 Major Bahasa Tamil di Sekolah Semangat Maju Ipoh bersama Mentor En.Megavarnan Jagadesan dan Dr Shyielathy Arumugam (Jabatan Pascasiswazah).


Tarikh: 4.11.2024
Masa: 8.30 pagi - 12.30 tengahari
Tempat: Sekolah Semangat Maju Ipoh

Tujuan : Memberikan kasih sayang dan prihatin yang secukupnya kepada kanak-kanak istimewa. Menerapkan nilai positif dalam kalangan siswa-siswi guru terhadap kanak-kanak istimewa.

Di samping itu satu bengkel kesedaran seksual kepada kanak-kanak istimewa yang dikendalikan oleh Dr Shyielathy Arumugam bagi menjayakan projek ini.




Kongsi:

30.10.2024- Certified Translator

Congratulations, Dr Sumati for succesfully completing "Kursus Penterjemahan AM' and becoming a Certified Translator.
Kongsi:

12/9/2024 Anugerah Kecemerlangan Akademik 2024

 Tahniah kepada pasa siswa guru major Bahasa Tamil yang telah menerima  anugerah dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2024.

1) Vishvayini A/P Sangaran - Anugerah PNGK Tertinggi PISMP Ambilan Jun 2020/2024 Bahasa Tamil

2) Yogasri A/P R.Ravi - Anugerah PNGK Tertinggi PISMP Sept 2021-Julai 2026 Bahasa Tamil

3) Janisah Premi A/P Arumugam - Praktikum Terbaik Bahasa Tamil

4) Jivagaeshini A/P Muthu - Anugerah Penyelidikan Dalam Pendidikan Bahasa Tamil







Kongsi:

2/10/2024:Congratulations Mdm Sumati Muniandy!

2/10/2024: Congratulations Mdm Sumati Muniandy for completing 12 hours of Teaching English: How to teach writing an online course by British Council. 





Kongsi:

Berita Terkini