• ;

KOLEKSI ARTIKEL UNIT W7 JUN 2024

 KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN

2024年教育研究论文集

"Penyelidikan Berkualiti Menjana Pendidikan Manusiawi"

“优质研究,孕育人本教育”



Untuk membaca kandungan koleksi ini,



Kongsi:

KOLEKSI ARTIKEL UNIT U8 JUN 2022

 KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN

2022年教育研究论文集

"Penyelidikan Memacu Pendidikan Di Era Revolusi 4.0"

“研究促进工业革命4.0时代的教育发展”


Untuk membaca kandungan koleksi ini




Kongsi:

17.9.2025 - TINJAUAN ISU SEMASA

Sesi pertama bagi program “Tinjauan Isu Semasa” telah berlangsung dengan jayanya pada 17 September 2025 (Rabu). Program ini telah diadakan pada pukul 7.15 pagi bertempat di Dataran Ilmuan. Dalam sesi ini, para siswa guru Unit B7 dan X14 telah berkongsi pelbagai isu semasa yang berlaku dalam tempoh seminggu kebelakangan ini. Pada permulaan program, Uthayaa telah berkongsi sebuah berita tentang ‘Adakah pelajar antarabangsa merampas tempat pelajar tempatan?’.Seterusnya, Sharveshwary telah membentangkan dua berita iaitu “Anak lelaki membunuh ayahnya” dan “Teman wanita menjual kereta teman lelakinya”. Selain itu, Keshvena telah menyampaikan maklumat mengenai “Dato’ Sivakumar mencadangkan pendidikan pencegahan buli diperkenalkan di sekolah”. Tambahan pula, Tarini berkongsi berita bertajuk “Dalam Festival Kebudayaan Malaysia 2025, Perdana Menteri menyatakan bahawa kita harus menghargai kepelbagaian dalam perbezaan dan tidak perlu berasa takut”. Akhir sekali, Dr. Parvathi Vellachami, Penolong Ketua Unit Pengajian Tamil, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, yang juga merupakan penyelaras program ini telah menyampaikan ucapan ringkas dan merasmikan penutupan majlis.






Kongsi:

PERTANDINGAN INOVASI PENDIDIKAN BAHASA TAMIL ANTARABANGSA (ITLEC25)

Pasukan LEXIGO dengan inovasi bertajuk 'Vettayaadu Vilayaadu' telah dinobatkan sebagai juara pertandingan ini. Pasukan LEXIGO telah menerima anugerah platinum dan RM500.00. Satu lagi pasukan iaitu, Lingua D Puzzle telah berjaya merangkul hadiah saguhati serta menerima anugerah emas dan  RM100.00. Empat lagi pasukan, iaitu 'painthamiz accup palagai', Puthuyuga Athisudi', 'Che-Mo Chottiram'  dan 'Mayangoli Maiyam'  telah menerima anugerah Perak. Pasukan 3CROW telah menerima anugerah gangsa.





Kongsi:

10.9.2025 - PIDATO MINGGUAN (FALSAFAH HIDUP MASYARAKT TAMIL)

Program Pidato Mingguan pertama bagi semester ini telah berlangsung dengan jayanya pada 10 September 2025 (Rabu). Program tersebut diadakan dari 3.45 petang hingga 4.15 petang. Guru-guru pelatih daripada unit B7 dan unit X14 telah mempersembahkan pidato bertemakan “Falsafah Kehidupan Masyarakat Tamil”. Sebagai pembuka acara, Pugeliniyal Murugesan @ Rajasundaram dari unit B7 telah menyampaikan ucapan mengenai pengenalan falsafah kehidupan masyarakat Tamil, antaranya konsep 'virunthombal' dan 'veedupeeru'. Seterusnya, Yageni Kayathri Yuvaraja juga dari unit B7 turut berkongsi pengalaman peribadi yang istimewa berkaitan tema tersebut. Persembahan diteruskan dengan pidato daripada guru pelatih unit X14, iaitu Navin Sri Manimaaran dan Sharveena Balamurugan yang turut menyampaikan ucapan dengan penuh cemerlang. Keseluruhan acara telah berjalan lancar dan berjaya mencapai objektifnya.





Kongsi:

27.8.2025 - BENGKEL PEMANTAPAN KEMAHIRAN DIGITAL (OPD) DAN PERANCANGAN KURIKULUM BAHASA

Pada 27 hingga 29 Ogos 2025 Jabatan Bahasa IPG Kampus Ipoh telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Kemahiran Digital (OPD) Dan Perancangan Kurikulum Bahasa di Pangkor Palm Bay Resort. Seramai 16 orang  pensyarah telah menyertai dalam bengkel ini. Bengkel ini dikendalikan oleh Pn Umaimah bt Idris, Pn Lim Pei Yin dan En. Megavarnan Jagadesan sebagai fasilitator. 





Kongsi:

28.8.2025 - ULASAN BUKU ANTARABANGSA "VASIPPU MUTRAM" SESI KE -242

Program mingguan ulasan buku antrarabagsa ''Vasippu Mutram' sesi ke-242 anjuran Ayya Nadar Janaki Ammal College (ANJAC) Sivakasi, Tamil Nadu pada 28/08/2025.

Pelajar unit B7, Unit Pengajian Tamil, IPG Kampus Ipoh, Suriya A/L James dan Tavanisah A/P Tamelsalwam telah membentangkan ulasan buku yang bertajuk 'Amuthe Tamizhe' karya Dr Jeyabalan.









Kongsi:

26.8.2025 - PERTANDINGAN INOVASI PERINGKAT IPGK IPOH 2025

PERTANDINGAN INOVASI IPGK IPOH 2025

26 &27 August 2025
7 Pasukan dari Unit Pengajian Tamil telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Inovasi IPGK Ipoh 2025.
5 pasukan telah terpilih untuk saringan kedua daripada 10 pasukan yang terbaik dalam pertandingan ini. Tahniah kepada semua pasukan dan pensyarah pembimbing.





Kongsi:

9.8.2025 - PROGRAM 'SAHSIAH UNGGUL GENERASI GEMILANG' DI SJKT LADANG SUNGAI TERAP

Pada 9/8/2025 Program Jalinan Dan Jaringan yang bertema 'Sahsiah Unggul Generasi Gemilang' di SJKT LADANG SUNGAI TERAP, KUALA SELANGOR. Pada permulaan program ini, aktiviti "Lindungi Telur Tanpa Pecah" telah diadakan di mana para murid perlu menggunakan bahan yang diberikan untuk menghasilkan pelindung telur dalam masa yang ditetapkan. Seterusnya, permainan stesen diadakan, dan akhirnya satu sesi khas turut disediakan untuk ibu bapa.


Fasilitator dari Unit X14:
Sumathi A/P AhnathaaRao
Roshinidurgaa A/P Thiyagarajan
Yokeetha A/P Saravanan
Vikneshwaran A/P Sundar

Anjuran:
Pertubuhan Akademik Dan Keagamaan Saraswathy (SARANAM)
bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia
SJKT Ladang Sungai Terap, Kuala Selangor




Kongsi:

23.7.2025 - TINJAUAN ISU SEMASA

Sesi ketiga bagi program “Tinjauan Isu Semasa” telah berlangsung dengan jayanya pada 23 Julai 2025 (Rabu). Program ini telah diadakan pada pukul 3.45 petang bertempat di Dataran Ilmuan. Dalam sesi ini, para siswa guru B7 telah berkongsi pelbagai isu semasa yang berlaku dalam tempoh seminggu kebelakangan ini. Pada permulaan program, Vikneswaran telah berkongsi sebuah berita tentang ‘kira-kira RM100,000 wang haram telah dibakar di Petaling Jaya’. Beliau juga telah menghuraikan isu berkaitan ‘Bapa kepada seorang gadis telah diberkas di Balik Pulau, disyaki melakukan gangguan seksual terhadap anak kandungnya sendiri selama tempoh dua tahun’ sebagai pembuka tirai. Seterusnya, Uthayaa telah membentangkan berita berkaitan kekeliruan dalam pendaftaran agama pada sijil kelahiran, khususnya bagi komuniti India yang beragama Hindu, telah menjadi kebimbangan serius di Malaysia. Selain itu, Aishwarryaa telah menyampaikan maklumat mengenai larangan terhadap atlet wanita transgender daripada bertanding dalam acara wanita di Sukan Olimpik dan Paralimpik. Akhir sekali, Dr. Parvathi Vellachamy, Penolong Ketua Unit Pengajian Tamil, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, yang juga merupakan penyelaras program ini, telah menyampaikan ucapan ringkas dan merasmikan penutupan majlis.






Kongsi:

30.7.2025 - PENYERTAAN SHOWCASE KPPB PERINGKAT IPGM

Penyertaan Showcase KPPB peringkat IPGM
Tarikh: 30.07.2025
Peserta: Siswa siswi Major Bahasa Tamil (Unit B7) iaitu Bagyalakshmi Arumugam Solaimalai, Kavisshnaah Seenivasagam, Tavanisah Tamelsalwam & Harvin Raj Suresh

Kod & Nama Kursus : BTMB1124 & BTMB1114
DIDIK HIBUR DALAM BAHASA TAMIL & KETAMADUNAN MASYARAKAT TAMIL

Pensyarah pembimbing:
En. Megavarnan Jagadesan, Dr Muthukumar B Palanisamy & Dr Arulnathan Visurasam
Kongsi:

16.7.2025 - PIDATO MINGGUAN (HORMAT)

Program Pidato Mingguan terakhir bagi semester ini telah berlangsung dengan penuh jayanya pada 16 July 2025 (Rabu). Program ini telah berlangsung dari jam 3.45 petang hingga 4.30 petang. Program minggu ini bertemakan 'hormat', Para guru pelatih telah menghasilkan pembentangkan karya-karya kreatif berdasarkan tajuk tersebut. Praveena Yangna Pergasm dari unit B7 telah menyampaikan pidato yang berkaitan dengan tema. Selain itu, Uthayaa Sargunan dari unit B7 menyampaikan pidato yang berkesan. Seterusnya, Harvin Raj Suresh dari Unit B7 menceritakan sebuah cerita yang menarik mengenai konsep hormat. Seterusnya, Dhanagajalakshmi dari unit B11 telah menyampaikan pidato yang berfaedah.Selain itu, siswi guru dari B7, Aiswarryaa Chandran telah menyampaikan rumusan bagi tema hormat kepada semua yang hadir. Majlis diakhiri dengan kejayaan.





Kongsi:

28.7.2025 - TAHNIAH PASUKAN INOVASI LEXIGO DAN FOLTDOT

 Tahniah Pasukan Inovasi LEXIGO dan FoltDot


Anugerah Perak PedaTEd'25.


Pasukan inovasi LEXIGO dan FoltDot telah memperoleh anugerah Perak dalam  Pertandingan Inovasi sempena  Persidangan Kebangsaan Pedagogi dan Pendidikan  Guru 2025 (PedaTEd'25) secara atas talian.


Ahli Kumpulan LEXIGO


HARVIN RAJ A/L SURESH

SHARVESWARY A/P THINAGARAN

PRAVEENA A/P YANGNA PERGASM

SRI THACHAINI A/P SIVAKUMAR


Ahli Pasukan FoltDot


Kugaventhiraah G. Selvaraj 

Yogasri Ravi 

Seshmitha  P Ravi 

Khirthana Sai Ramu 


Pensyarah pembimbing Dr.ARULNATHAN VISURASAM





Kongsi:

9.7.2025 - TINJAUAN ISU SEMASA

Sesi kedua bagi program “Tinjauan Isu Semasa” telah berlangsung dengan jayanya pada 9 Julai 2025 (Rabu). Program ini telah diadakan pada pukul 3.45 petang bertempat di Dataran Ilmuan. Dalam sesi ini, para siswa guru B7 telah berkongsi pelbagai isu semasa yang berlaku dalam tempoh seminggu kebelakangan ini. Pada permulaan program, Pugeliniyal telah berkongsi sebuah berita tentang seorang sami warga India yang disyaki mencabul seorang pelakon wanita tempatan ketika menjalankan upacara sembahyang di sebuah kuil di Bandar Baru Salak Tinggi sebagai pembuka tirai. Seterusnya, dalam sesi perkongsian pertama, Praveena telah membentangkan berita berkaitan kematian seorang pemain bola sepak bernama Diego Jota. Di samping itu, Bagyalakshmi telah menghuraikan isu berkaitan peningkatan penggunaan Kecerdasan Buatan (AI). Selain itu, Thachaini telah menyampaikan maklumat mengenai penderaan haiwan di seluruh dunia. Akhir sekali, En. Megavarnan Jagadesan telah menyampaikan ucapan ringkas dan seterusnya merasmikan penutupan majlis.





Kongsi:

2.7.2025 - PIDATO MINGGUAN (KECURANGAN DAN PERCINTAAN)

Program Pidato Mingguan telah berlangsung dengan penuh jayanya pada 2 July 2025 (Rabu). Program pada minggu ini bertemakan 'kecurangan dan percintaan', Para guru pelatih telah menghasilkan pembentangkan karya kreatif berdasarkan tema tersebut. Sharveswary Thinagaran dari unit B7 telah menceritakan sebuah cerita yang menarik mengenai konsep kecurangan percintaan. Selain itu, Aishwarryaa Chandran dari unit B7 menyampaikan pidato yang berkesan. Seterusnya, Vikkineswaran Veeran dari Unit B7 telah menyampaikan pidato berkaitan tema berkenaan. Selain itu, siswa guru dari B7, Suriya James telah menyampaikan rumusan bagi konsep kecurangan dan percintaan kepada semua yang hadir. Majlis diakhiri dengan kejayaan.





Kongsi:

25.6.2025 - TINJAUAN ISU SEMASA

Sesi pertama bagi program “Tinjauan Isu Semasa” yang dimulakan pada Semester ini telah berlangsung dengan jayanya pada 25 Jun 2025 (Rabu). Program ini telah diadakan pada pukul 3.45 petang di Dataran Ilmuan. Dalam sesi ini, para siswa guru B7 telah berkongsi isu-isu semasa yang berlaku dalam tempoh seminggu ini. Pada permulaan program, Bagyalakshmi dan Tarakeshwar telah mempersembahkan satu demonstrasi sebagai pembuka tirai. Seterusnya, dalam sesi perkongsian pertama, Harvin Raj telah membentangkan berita berkaitan kecerdasan buatan (AI). Di samping itu, Tavanisah telah menerangkan isu berkaitan penderaan kanak-kanak serta berita yang melibatkan bidang pendidikan. Selain itu, Suriya telah menyampaikan maklumat mengenai peratusan kelulusan pelajar dalam peperiksaan STPM. Akhir sekali, Dr. Parvathi Vellachamy, Penolong Ketua Unit Pengajian Tamil, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, yang juga merupakan penyelaras program ini, telah menyampaikan ucapan ringkas dan merasmikan penutupan majlis.




Kongsi:

20.6.2025 - SEMINAR SASTERA KANAK-KANAK 2025

Pada 20/6/2025 siswa guru dan pensyarah Unit Pengajian Tamil IPG Kampus Ipoh telah menyertai Seminar Sastera Kanak-kanak 2025 Anjuran Persatuan Bahasa Tamil Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dr Parvathi telah memberi ucapan pada sesi pertama seminar ini. Pada sesi kedua Suriya dari Unit B7 dan Kausalya dari Unit X14 telah membuat ulasan buku "Oonai Vettaiyum Moondru Siruvargalum". Seterusnya Tavanisah dan Bagyalakshmi dari Unit B7 telah membuat ulasan buku "Maya Viduthi". Selain itu Harvin Raj dan Uthayaa dari Unit B7 telah membuat pembentangan ulasan buku "Uyang Malai". Tahniah dan syabas kepada semua peserta dan pembentang dalam seminar ini.





Kongsi:

18.6.2025 - PIDATO MINGGUAN (KETIDAKBOLEHAN BELIA)

Program Pidato Mingguan pertama bagi semester ini telah berlangsung dengan penuh jayanya pada 18 Jun 2025 (Rabu). Program ini telah berlangsung dari jam 3.45 petang hingga 4.30 petang. Program minggu ini bertemakan 'ketidakbolehan belia', Para guru pelatih telah menghasilkan pembentangkan karya-karya kreatif berdasarkan tajuk tersebut. Kavisshnaah Seenivasagam dari unit B7 telah menceritakan sebuah cerita yang menarik mengenai konsep ketidakbolehan belia. Seterusnya, Bagyalakshmi Arumugam Solaimalai dari Unit B7 telah menyampaikan pidato berkaitan tema berkenaan. Selain itu, siswa guru dari B7, Suriya James telah menyampaikan pidato kepada semua yang hadir. Majlis diakhiri dengan ucapan perasmian penutupan oleh Pensyarah Kanan Uniti Pengajian Tamil Dr. Arulnathan Visurasam.



Kongsi:

15.5.2025 - ANUGERAH PENSYARAH BERWIBAWA 2025

Dr.Arulnathan Visurasam menerima Anugerah Pensyarah Berwibawa peringkat kebangsaann bagi tahun 2025 dalam Majlis Anugerah Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-54 Tahun 2025 di Kuching, Sarawak pada 15/5/2025. Jabatan Bahasa merakamkan ucapan tahniah kepada Dr Arulnathan Visurasam.







Kongsi:

5.5.2025 - BENGKEL PEMANTAPAN MAKLUMAT KURSUS

Pada 5hb Mei 2025 satu bengkel pemantapan maklumat kursus diadakan untuk semua pensyarah Jabatan Bahasa di Bilik Akasia. Bengkel ini dikendalikan oleh pensyarah Unit Pengajian Inggeris, Pn Umaimah binti Idris. Beliau berkongsi dan membimbing cara menghasilkan pentaksiran, & rubrik yang boleh mengukur pencapaian pelajar berdasarkan hasil pembelajaran kursus dan hasil pembelajaran program. 









Kongsi:

Berita Terkini

Arkib