Dr.Arulnathan Visurasam menerima Anugerah Pensyarah Berwibawa peringkat kebangsaann bagi tahun 2025 dalam Majlis Anugerah Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-54 Tahun 2025 di Kuching, Sarawak pada 15/5/2025. Jabatan Bahasa merakamkan ucapan tahniah kepada Dr Arulnathan Visurasam.
5.5.2025 - BENGKEL PEMANTAPAN MAKLUMAT KURSUS
Pada 5hb Mei 2025 satu bengkel pemantapan maklumat kursus diadakan untuk semua pensyarah Jabatan Bahasa di Bilik Akasia. Bengkel ini dikendalikan oleh pensyarah Unit Pengajian Inggeris, Pn Umaimah binti Idris. Beliau berkongsi dan membimbing cara menghasilkan pentaksiran, & rubrik yang boleh mengukur pencapaian pelajar berdasarkan hasil pembelajaran kursus dan hasil pembelajaran program.
3.5.2025 - NAIB JOHAN DALAM PERTANDINGAN DRAMA KATEGORI IPT
Pelajar unit X14, major Bahasa Tamil telah memenangi tempat kedua dalam pertandingan drama antara pelajar IPT peringkat Kebangsaan anjuran Persatuan Bahasa Tamil, Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim pada 3hb Mei 2025. Tahniah diucapkan kepaada pasukan unit X14.
1.5.2025 - ULASAN BUKU ANTARABANGSA "VASIPPU MUTRAM" SESI KE -225
23.4.2025 - PROGRAM PIDATO MINGGUAN (KESAMARATAAN)
Program Pidato Mingguan ke-7 bagi semester ini telah berlangsung dengan penuh jayanya pada 23 April 2025 (Rabu). Program ini telah dijalankan dari jam 3.45 petang hingga 4.30 petang. Bertemakan "Kesamarataan", para guru pelatih telah menghasilkan dan membentangkan karya-karya kreatif berdasarkan tajuk tersebut. Sharmeila dari unit X-14 dan Dhanagajalakshmi dari unit B11 telah menyampaikan pidato yang berkesan dan penuh inspirasi mengenai konsep kesamarataan. Seterusnya, Pavithra Letchumie dari unit X-14 telah mendeklamasikan sebuah sajak yang indah dan bermakna berkaitan tema berkenaan. Selain itu, siswa guru dari unit dari B7, Kavisshnaah Seenivasagam dan Suriya James, dengan bimbingan para pensyarah, telah memperkenalkan secara rasmi satu program baharu yang bertajuk "Sorotan Berita Semasa" kepada para hadirin. Majlis diakhiri dengan ucapan perasmian penutupan oleh Dr. Muthukumar, selaku penyelaras program.
26-27.4.2025 - Bengkel Penghasilan Penerbitan IPG Kampus Ipoh Tahun 2025
Bengkel Penghasilan Penerbitan IPG Kampus Ipoh
Tahun 2025
Unit Pengajian Cina,
Bengkel Penghasilan Penerbitan IPG Kampus Ipoh Tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan pada 26 dan 27 April 2025 bertempat di Budiman 19 dan Makmal Biologi, IPG Kampus Ipoh. p>
25.4.2025 - Pertandingan Pusingan Akhir Forum Bahasa Cina IPGMKI 2025
Pertandingan Pusingan Akhir Forum Bahasa Cina IPGMKI 2025
25 April Tahun 2025.
Pertandingan Forum Bahasa Cina IPGMKI 2025,
telah berjaya dilangsungkan pada 25 April 2025 (Jumaat) bertempat di Cempaka Aras 3, IPG Kampus Ipoh. p>




















