PERTANDINGAN INOVASI IPGK IPOH 2025
9.8.2025 - PROGRAM 'SAHSIAH UNGGUL GENERASI GEMILANG' DI SJKT LADANG SUNGAI TERAP
Pada 9/8/2025 Program Jalinan Dan Jaringan yang bertema 'Sahsiah Unggul Generasi Gemilang' di SJKT LADANG SUNGAI TERAP, KUALA SELANGOR. Pada permulaan program ini, aktiviti "Lindungi Telur Tanpa Pecah" telah diadakan di mana para murid perlu menggunakan bahan yang diberikan untuk menghasilkan pelindung telur dalam masa yang ditetapkan. Seterusnya, permainan stesen diadakan, dan akhirnya satu sesi khas turut disediakan untuk ibu bapa.
Fasilitator dari Unit X14:
Sumathi A/P AhnathaaRao
Roshinidurgaa A/P Thiyagarajan
Yokeetha A/P Saravanan
Vikneshwaran A/P Sundar
Anjuran:
Pertubuhan Akademik Dan Keagamaan Saraswathy (SARANAM)
SJKT Ladang Sungai Terap, Kuala Selangor
23.7.2025 - TINJAUAN ISU SEMASA
Sesi ketiga bagi program “Tinjauan Isu Semasa” telah berlangsung dengan jayanya pada 23 Julai 2025 (Rabu). Program ini telah diadakan pada pukul 3.45 petang bertempat di Dataran Ilmuan. Dalam sesi ini, para siswa guru B7 telah berkongsi pelbagai isu semasa yang berlaku dalam tempoh seminggu kebelakangan ini. Pada permulaan program, Vikneswaran telah berkongsi sebuah berita tentang ‘kira-kira RM100,000 wang haram telah dibakar di Petaling Jaya’. Beliau juga telah menghuraikan isu berkaitan ‘Bapa kepada seorang gadis telah diberkas di Balik Pulau, disyaki melakukan gangguan seksual terhadap anak kandungnya sendiri selama tempoh dua tahun’ sebagai pembuka tirai. Seterusnya, Uthayaa telah membentangkan berita berkaitan kekeliruan dalam pendaftaran agama pada sijil kelahiran, khususnya bagi komuniti India yang beragama Hindu, telah menjadi kebimbangan serius di Malaysia. Selain itu, Aishwarryaa telah menyampaikan maklumat mengenai larangan terhadap atlet wanita transgender daripada bertanding dalam acara wanita di Sukan Olimpik dan Paralimpik. Akhir sekali, Dr. Parvathi Vellachamy, Penolong Ketua Unit Pengajian Tamil, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, yang juga merupakan penyelaras program ini, telah menyampaikan ucapan ringkas dan merasmikan penutupan majlis.
30.7.2025 - PENYERTAAN SHOWCASE KPPB PERINGKAT IPGM
16.7.2025 - PIDATO MINGGUAN (HORMAT)
Program Pidato Mingguan terakhir bagi semester ini telah berlangsung dengan penuh jayanya pada 16 July 2025 (Rabu). Program ini telah berlangsung dari jam 3.45 petang hingga 4.30 petang. Program minggu ini bertemakan 'hormat', Para guru pelatih telah menghasilkan pembentangkan karya-karya kreatif berdasarkan tajuk tersebut. Praveena Yangna Pergasm dari unit B7 telah menyampaikan pidato yang berkaitan dengan tema. Selain itu, Uthayaa Sargunan dari unit B7 menyampaikan pidato yang berkesan. Seterusnya, Harvin Raj Suresh dari Unit B7 menceritakan sebuah cerita yang menarik mengenai konsep hormat. Seterusnya, Dhanagajalakshmi dari unit B11 telah menyampaikan pidato yang berfaedah.Selain itu, siswi guru dari B7, Aiswarryaa Chandran telah menyampaikan rumusan bagi tema hormat kepada semua yang hadir. Majlis diakhiri dengan kejayaan.
28.7.2025 - TAHNIAH PASUKAN INOVASI LEXIGO DAN FOLTDOT
Tahniah Pasukan Inovasi LEXIGO dan FoltDot
Anugerah Perak PedaTEd'25.
Pasukan inovasi LEXIGO dan FoltDot telah memperoleh anugerah Perak dalam Pertandingan Inovasi sempena Persidangan Kebangsaan Pedagogi dan Pendidikan Guru 2025 (PedaTEd'25) secara atas talian.
Ahli Kumpulan LEXIGO
HARVIN RAJ A/L SURESH
SHARVESWARY A/P THINAGARAN
PRAVEENA A/P YANGNA PERGASM
SRI THACHAINI A/P SIVAKUMAR
Ahli Pasukan FoltDot
Kugaventhiraah G. Selvaraj
Yogasri Ravi
Seshmitha P Ravi
Khirthana Sai Ramu
Pensyarah pembimbing Dr.ARULNATHAN VISURASAM
9.7.2025 - TINJAUAN ISU SEMASA
Sesi kedua bagi program “Tinjauan Isu Semasa” telah berlangsung dengan jayanya pada 9 Julai 2025 (Rabu). Program ini telah diadakan pada pukul 3.45 petang bertempat di Dataran Ilmuan. Dalam sesi ini, para siswa guru B7 telah berkongsi pelbagai isu semasa yang berlaku dalam tempoh seminggu kebelakangan ini. Pada permulaan program, Pugeliniyal telah berkongsi sebuah berita tentang seorang sami warga India yang disyaki mencabul seorang pelakon wanita tempatan ketika menjalankan upacara sembahyang di sebuah kuil di Bandar Baru Salak Tinggi sebagai pembuka tirai. Seterusnya, dalam sesi perkongsian pertama, Praveena telah membentangkan berita berkaitan kematian seorang pemain bola sepak bernama Diego Jota. Di samping itu, Bagyalakshmi telah menghuraikan isu berkaitan peningkatan penggunaan Kecerdasan Buatan (AI). Selain itu, Thachaini telah menyampaikan maklumat mengenai penderaan haiwan di seluruh dunia. Akhir sekali, En. Megavarnan Jagadesan telah menyampaikan ucapan ringkas dan seterusnya merasmikan penutupan majlis.














%5B1%5D_Page_03.jpg)

%5B1%5D_Page_02.jpg)





